SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

raya

Image

Selamat Hari Guru

hari guru

Image

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Slide1

Image

MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR

Pada 29 April 2019, Sekolah Kebangsaan Panchor dengan kerjasama sekolah-sekolah persisiran sungai Johor telah mengadakan Kursus Motivasi UPSR di SK Panchor yang telah disampaikan oleh Cikgu Nazri Mohd Senawi dari SK LKTP Adela.

PENTINGNYA PENGURUSAN MASA…

Anda tentu pernah mendengar pepatah “Masa itu emas”. Ini bermakna masa itu adalah sangat berharga. Kalau anda kekurangan wang, anda boleh meminjamnya, akan tetapi, masa yang telah berlalu, tidak dapat dipinjam. Oleh itu, sebagai pelajar cemerlang seharusnya anda bijak menggunakan masa. Seseorang pelajar yang cemerlang, tentu sekali tidak akan melakukan perkara-perkara yang merugikan dan bertangguh dalam melaksanakan sesuatu perkara. Pelajar yang cemerlang juga sayangkan masanya kerana waktu itu adalah amat berharga.

Pengurusan masa yang sempurna adalah penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Pelajar perlu pandai membahagi-bahagikan masa dengan bijak demi keperluan akademik dan kehidupan sosial.  Apabila tidak ada pengurusan masa yang cekap dan sempurna, pelajar akan menemui kegagalan dalam kedua-dua aspek.

Pernahkah anda terfikir, mengapa ada pelajar yang begitu sibuk dengan aktiviti sekolah masih boleh cemerlang dalam peperiksaan, sedangkan pelajar lain yang tidak begitu sibuk tidak cemerlang? Kebanyakan pelajar merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik. Adakah ini kerana mereka benar-benar sibuk atau kerana mereka tidak dapat uruskan masa mereka dengan baik?

Pengurusan masa yang sempurna bukan berdasarkan jumlah masa yang digunakan, tetapi cara masa itu diuruskan. Seseorang yang mengambil masa selama dua jam untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan sedangkan pekerjaan itu boleh disiapkan dalam masa satu jam, menunjukkan bahawa dia tidak melakukan pengurusan masa yang betul. Sebaliknya, seseorang yang dapat menyiapkan pekerjaan yang sama dalam masa satu jam atau kurang, menunjukkan bahawa dia mempunyai pengurusan masa yang baik.

Satu  masalah utama yang disebut-sebut oleh pelajar ialah masalah pengurusan masa. Tidak pandai menguruskan masa adalah satu faktor utama yang menjadi penghalang pelajar menjadi cemerlang. Kesibukan menghadiri sekolah, kegiatan kokurikulum, kelas tambahan dan lain-lain menuntut pelajar mengurus waktunya dengan cekap. Kegagalan mengurus masa mengakibatkan pelajar berada dalam kesukaran dan tidak melakukan satu-satu perkara dengan sempurna.

Pengurusan masa juga merujuk kepada cara menguruskan masa agar anda dapat mencapai matlamat anda. Jika anda pandai mengurus dan menggunakan masa dengan baik, sudah tentu anda mempunyai lebih masa untuk membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran. Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:

1. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
2. Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
3. Elakkan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
4. Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
5. Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
6. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
7. Jika berjaya dalam sehari, cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu. 

ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.

KURSUS PEMBINAAN ASET DIGITAL GPM ZON SELATAN

16 -19 JUN 2014 seramai 33 orang GPM yang terpilih dari zon selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) berkampung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) sebagai tuan rumah. Peserta diberi taklimat mengenai tatacara penulisan artikel, berita dan laporan yang telah di sampaikan oleh Puan Bibi Aishah Roslan dari SMK Mutiara Rini 2, Johor Baharu. setelah mendapat taklimat, kesemua peserta bertngkus-lumus menyediakan ke tiga-tiga aset digital yang akan di muat naik ke laman VLE Frog Sekolah Maya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

20140618_083823

Peserta kursus bertungkus-lumus menyediakan artikel.

20140618_084712

Kursus penyediaan aset digital GPM Zon Selatan.

TEKNIK MEMBACA BERKESAN

 

Teknik Membaca PQRST

 

Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk “Improving Reading In Every Class“.

 Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

 

(a) Preview (Tinjau)

Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut. 
(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.
(c) Read (Baca)
Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri) 
MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses dimana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.

Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

READ 2012

PSS SK Panchor, Kota Tinggi telah mendaftar dengan Program Read 2012 dan telah menyertai Kem Membaca 1Malaysia Negeri Johor yang berlangsung pada 22 dan 23 Oktober 2012. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga sekolah.

Erti Janji ditepati Sebangsa Senegara Sejiwa

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN!!!!
Hanya tinggal beberapa hari lagi rakayat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan ke 55.Parti kerajaan dan pembangkang menyambut dengan tema tersendiri. Ini seakan melambangkaan tiada perpaduan apabila hari kemerdekaan diheret kekancah politik.Rakyat pun  menjadi serba salah sebab tak semua rakyat dalam negeri pembangkang suka dengan tema pembangkang dan begitulah juga dengan rakyat yang duduk dalam negeri ditakluki BN.
Mereka ni tak ambil sikap proaktif dengan  memilih tema dan logo yang dipilih oleh rakyat sendiri .Sebenarnya sangat mudah untuk tidak berbalah dengan perkara tersebut iaitu dengan mengadakan pertandingan mencipta logo dan tema.Ramai rakyat Malaysia berbakat dalam rekaan grafik, tapi seperti dinafikan hak mereka.Apabila politik sudah menular, apa yang rakyat rasa tak sesuai tidak diambil peduli, maka jawapannya ada yang menolak hingga mengundang rasa muak dan benci walaupun ade sebilangannya  yang menerima .
Tapi apa yang penting ialah bukan tema atau logo, tapi memahami erti kemerdekaan yang sebenar.Apalah semua ini jika rakyat Malaysia  masih lagi ditakuk lama dan masih dijajahi minda mereka dengan pelbagai gejala sosial dan wabak yang semakin menular.Adakah muda-mudi memahami erti tersebut? yang menjadi kebiasaan pada mereka, hari kemerdekaan adalah hari bersuka ria dengan memenuhi ruangan konsert-konsert , pergaulan bebas dan melihat bunga api dan diakhiri di hotel bajet hingga  ada yang melahirkan “anak merdeka” yang tidak berbapa.
MERDEKA!!!! MERDEKA!!!!MERDEKA!!!

Previous Older Entries